6 Aug 2026, 23:27 UTC350 views10 reactionsread 8 August 2026 Photo
Kementerian Luar dan Hal Ehwal Antarabangsa Jordan pada Khamis mengecam serangan letupan yang disifatkan sebagai serangan pengganas ke atas sebuah bas di kawasan Jaramana, pinggir Damsyik, yang mengorbankan beberapa orang dan mencederakan yang lain.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu menegaskan solidariti Jordan bersama Syria dalam menghadapi ancaman keganasan. Jordan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluar…
👍6😢3🤣1
9 Jul 2026, 11:51 UTC≈1,120 views29 reactionsread 8 August 2026 Photo
Pencerobohan baharu Israel di kawasan luar Quneitra, Syria
Tentera penjajah Israel dilaporkan menceroboh kawasan luar bandar Quneitra dan mendirikan satu sekatan pemeriksaan di kawasan tersebut.
Sumber: Meem Magazine
t.me/suarasyria
🤬23👎5😡1
3 Jul 2026, 03:43 UTC≈1,580 views17 reactionsread 8 August 2026 Photo
🌏 Negara-negara Arab mengutuk serangan bom maut di sebuah kafe di Damsyik yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang ⤵️
🇯🇴 Jordan menyifatkan letupan itu sebagai "serangan bom pengganas" dan menegaskan semula "solidariti penuh Jordan terhadap Syria."
🇶🇦 Qatar mengulangi pendiriannya yang menolak "keganasan, tindakan pengganas dan perbuatan jenayah, tanpa mengira motif atau puncanya."
🇮🇶 Iraq menyatakan se…
😢15❤1🤣1
3 Jul 2026, 01:11 UTC≈1,290 views12 reactionsread 8 August 2026 Photo
Kementerian Dalam Negeri Syria mengumumkan bahawa sembilan orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam satu letupan bom buatan sendiri di sebuah kafe di tengah Damsyik berhampiran Istana Kehakiman pada Khamis. Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
Kementerian itu memaklumkan bahawa bom berkenaan merupakan alat letupan buatan sendiri yang dipenuhi serpihan logam, menyebabkan kerosa…
🤬11🤔1
30 Jun 2026, 01:49 UTC≈1,090 views21 reactionsread 8 August 2026 Photo
Sumber-sumber Syria melaporkan bahawa tentera penjajah Israel melepaskan tembakan bagi menyuraikan sekumpulan pemuda yang berkumpul di kampung Maariyah di kawasan luar bandar barat Daraa ketika mereka cuba menutup jalan menggunakan batu-batu bagi menghalang kemaraan tentera Israel ke kawasan tersebut.
Menurut sumber itu lagi, para pemuda berkenaan berusaha menghalang pencerobohan tentera penjajah Israel dengan menut…
🤬18😡3
29 Jun 2026, 14:06 UTC≈1,130 views27 reactionsread 8 August 2026 Photo
Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaidah, hari ini menyampaikan penghargaan kepada rakyat Syria atas keberanian mereka berdepan tentera pendudukan Israel di Kampung Abidin, selatan Syria. Beliau memuji tindakan penduduk yang hanya berbekalkan kemampuan yang terhad namun tetap bangkit menentang pencerobohan, sekali gus mencerminkan penolakan mereka terhadap pencerobohan dan penjajahan Israel.
Abu Ubaidah turut menegas…
🔥27
27 Jun 2026, 23:27 UTC≈1,030 views23 reactionsread 8 August 2026 Photo
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan bahawa tentera Israel telah melancarkan lebih 60 operasi pencerobohan ke dalam wilayah Syria sejak awal Jun, sekali gus menunjukkan peningkatan berterusan dalam aktiviti ketenteraan di sepanjang kawasan sempadan.
Menurut badan pemantau itu, pencerobohan tersebut merupakan sebahagian daripada siri operasi ketenteraan Israel di dalam wilayah Syria. Bagaimanapun, ia tidak me…
🤬19❤3🤔1
31 May 2026, 23:23 UTC≈1,850 views43 reactionsread 8 August 2026 Photo
Tentera penjajah Israel memasuki kawasan luar bandar selatan Quneitra di selatan Syria pada petang Ahad.
Agensi berita Syria, SANA, memetik sumber tempatan melaporkan bahawa satu pasukan Israel yang terdiri daripada dua kenderaan tentera telah menceroboh jalan yang menghubungkan perkampungan Sayda al-Jawlan dengan ladang al-Basali di kawasan luar bandar selatan Quneitra.
Sumber: Assabeel
t.me/suarasyria
🤬35❤2👎2😡2👍1💔1
22 May 2026, 22:41 UTC≈2,260 views38 reactionsread 8 August 2026 Photo
Pemimpin spiritual komuniti Druze di As-Suwayda, Hikmat al-Hijri mengumumkan pendiriannya untuk terus berpegang kepada pilihan menentukan nasib sendiri serta pembentukan pentadbiran sendiri yang terpisah daripada kerajaan Damsyik. Dia menegaskan bahawa tuntutan masyarakat Druze tidak boleh dirunding dan bahawa laluan tersebut tidak akan berpatah balik sambil menekankan bahawa pentadbiran Jabal Bashan mesti berada di …
🤬24🤔4🤣4❤2👎2😡2
19 May 2026, 14:34 UTC≈1,860 views62 reactionsread 8 August 2026 Photo
Presiden Syria Ahmad al-Sharaa telah meluluskan undang-undang kastam baharu yang mengekalkan sekatan terhadap barangan Israel.
Sumber: Yeni Safak
t.me/suarasyria
👍54🔥5🤣2❤1
19 May 2026, 04:23 UTC≈1,910 views37 reactionsread 8 August 2026 Photo
Ahmed al-Sharaa, Presiden Syria, mengeluarkan Undang-Undang No. (109) Tahun 2026 yang menyatakan dalam Perkara 112: “Larangan kemasukan barangan kerana bercanggah dengan peruntukan boikot terhadap Israel atau bercanggah dengan ketenteraman awam yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan,” menurut teks undang-undang tersebut.
Sumber: Rassd
t.me/suarasyria
👍30🤣4❤2🤔1
4 May 2026, 13:31 UTC≈2,160 views46 reactionsread 8 August 2026 Photo
Menteri Tenaga Syria, Muhammad al-Bashir pada hari Isnin berkata bahawa penyaluran gas melalui Jordan telah membantu menstabilkan rangkaian elektrik Syria.
Beliau menyatakan demikian dalam satu mesyuarat tiga hala yang diadakan di ibu pejabat Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral sambil menyuarakan harapan negaranya untuk memulihkan semula sambungan elektrik serantau dengan Jordan dan Lubnan.
Beliau menambah:
“Kami…
👍30❤11🔥5
Showing the 12 most recent of 20 posts we hold for @suarasyria. View and reaction counts are the latest single reading for each post, not a live figure, and a recent post is still accumulating both. A view count marked ≈ was rounded by Telegram before we ever saw it — t.me prints views in full below 1,000 and to three significant figures above, so ≈1,200,000 means somewhere between 1,150,000 and 1,249,999. Unmarked counts are exact. Text is reproduced from the public post preview and truncated for length.